Sk Landas di Kosmo

Isnin, 19 Oktober 2009

Khamis, 2009 Oktober 15

Guru, murid berkongsi tandas - Kejayaan mendisiplinkan murid di SK Landas, Hulu Terengganu menjadi ikutan


KONSEP berkongsi tandas di SK Landas, Hulu Terengganu memberi kesan positif sehingga ia akan diperluaskan ke dua sekolah lain tahun depan.



AMALAN berkongsi kemudahan antara guru dan murid membantu SK Landas muncul juara tandas paling bersih peringkat daerah selama lima tahun berturut-turut sejak 2005.


HULU TERENGGANU - Ketika murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Landas, di sini diminta berkongsi tandas dan kantin dengan guru-guru pada 2004, ramai yang berasa malu serta janggal.

Bagaimanapun perasaan itu sedikit demi sedikit hilang dan akhirnya mendorong guru dan murid-murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan sehingga SK Landas muncul juara pertandingan tandas dan kantin terbersih daerah itu selama lima tahun berturut-turut sejak 2005.

Kejayaan SK Landas itu juga menjadi punca kerajaan negeri Terengganu mahu memperluaskan amalan berkongsi tandas dan kantin dengan membabitkan dua buah sekolah elit, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman dan SMK Lembah Bidong, Setiu mulai tahun depan.

Bagi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (HEM) SK Landas, Mohd. Rawi Rani @ Abd. Ghani, amalan berkongsi tandas dan kantin itu telah membawa banyak perubahan di sekolah berkenaan.

"Bagi saya perubahan paling ketara ialah hubungan antara guru dan murid lebih mesra berbanding dulu,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Jesteru pada masa ini SK Landas hanya mempunyai dua tandas yang dikhususkan untuk lelaki dan wanita.

Kosmo Online: 15 Oktober 2009

Goton-royong keceriaan bilik PPDa

Isnin, 2 Mac 2009
Pada bulan pertengahan bulan Februari yang lalu, berlansung satu gotong-royong yang mana melibatkan semua kakitangan sekolah iaitu para guru, kakitangan swasta dan murid. Gotong-royong ini adalah untuk menghasilkan atau menceriakan lagi bilik PPDa SK Landas yang telah berpindah ke lokasi baru iaitu di tingkat 2 aras pentadbiran.





Antara guru-guru yang terlibat memerah keringat bagi menceriakan/mengasilkan bilik baru PPDa SK Landas.

Antara sumbangan murid-murid SK Landas.